Kejutan besar berlaku melibatkan persiapan pasukan ASEAN All-Stars vs Manchester United.
Skuad kendalian Kim Sang-sik bakal dibarisi barisan pemain terbaik Asia Tenggara dalam misi untuk mengekang The Red Devils.
Lautan penyokong dijangka bakal membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Mei ini oleh seluruh warga ASEAN selepas pemain daripada setiap negara dipanggil dalam skuad kali ini.
Senarai pemain ASEAN All-Stars mengalami kejutan apabila laporan dari ASEAN Football memaklumkan berkenaan tonggak Australia, Harrison Delbridge bakal memperkuat pasukan.
Tonggak berusia 33 tahun itu kini berkelana di Korea Selatan bersama Incheon United selain pernah bersama pasukan kebangsaan Australia dengan satu kaps.
5 tonggak Harimau Malaya iaitu penjaga gol, Haziq Nazli termasuklah pertahanan iaitu Declan Lambert, Azam Azmi, Adib Ra’op dan juga tonggak Sri Pahang, Sergio Aguero turut dipanggil.
Dua pemain Filipina, Sandro Reyes dan juga Amani Aguilnado selain beberapa pemain dari Brunei, Thailand, Timor Leste dan lain-lain.
Pertemuan antara ASEAN All-Stars menentang Manchester United dijadualkan berlangsung pada 28 Mei di Stadium Nasional, Bukit Jalil jam 9.00 malam.