Kelab gergasi England, Manchester United selamat tiba di Malaysia.
Skuad kendalian Ruben Amorim ini baru sahaja mengakhiri musim 2024-2025 dengan berada di tangga ke-15 setelah menewaskan Aston Villa dalam aksi terakhir pada Ahad.
Kurang 24 jam selepas itu, Manchester United terus mengambil penerbangan terus ke Kuala Lumpur untuk memulakan aksi jelajah di Asia berdepan barisan bintang Asia Tenggara.
Perkongsian terkini daripada Shekhinah PR menyaksikan penerbangan yang membawa skuad The Red Devils itu telah mendarar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sekitar jam 6.30 petang.
Difahamkan skuad Manchester United ketika ini sedang di dalam perjalanan menuju ke sebuah hotel di ibu kota untuk disambut meriah oleh para penyokong setia dan pengamal media.
Aksi Manchester United vs ASEAN All-Stars akan diadakan pada Rabu, 28 Mei di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan sepak mula jam 8.45 malam.
Peminat boleh mendapatkan tiket bagi perlawanan yang dinantikan ramai ini di laman sesawang Ticket Empire.