4 Gol Ikhsan Fandi Buat PT Prachuap ‘Tercungap’
Dunia
bgpu_official
Advertisements

Penyerang profilik BG Pathum United, Ikhsan Fandi pamer aksi berbisa apabila berjaya membantu pasukannya menang mudah ke atas pasukan PT Prachuap yang berkesudahan 7-2 dalam saingan Revo Thai League.

Yang menariknya ialah penyerang berusia 22 tahun itu mencetak 4 gol pada separuh masa pertama dalam masa 10 minit sahaja.

Untuk rekod, Ikhsan Fandi cipta sejarah sebagai pemain ASEAN pertama yang berjaya menjaringkan 4 gol dalam satu perlawanan di Liga Thailand.

Advertisements

Kemenangan pada perlawanan ke-28 ini terus melonjakkan kedudukan BG Pathum United ke tangga kedua dalam saingan Liga.

Pemain kelahiran Singapura itu kini sudah mencatatkan 12 gol bersama BG Pathum musim ini. Beliau dilihat semakin selesa dengan intensiti permainan di Liga Thailand.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram