4 Negara Tunggu Masa Uji Skuad Wanita Malaysia
UltraSukan
FA Malaysia
Advertisements

Skuad bola sepak wanita Malaysia berpeluang untuk menguji kekuatan empat pasukan dalam aksi persahabatan.

Pengerusi Jawatanakuasa Bola Sepak Wanita Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Suraya Yaacob berkata, skuad wanita kebangsaan kini tidak mempunyai sebarang kejohanan besar sepanjang tahun ini.

Namun begitu, FAM mengambil inisiatif dengan menganjurkan satu perlawanan jemputan antarabangsa yang bakal dianjurkan pada penghujung 2024.

Advertisements

”Tahun ini kita tiada kejohanan antarabangsa kecuali kita akan buat perlawanan jemputan antarabangsa yang akan berlangsung pada hujung tahun ini,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Pelancaran Bola Rasmi Piala Presiden, Piala Belia, LWN dan PTSR 2024.

Beliau turut mengesahkan sebanyak empat buah negara bakal turut serta dalam kejohanan tersebut dan maklumat lanjut mengenai empat negara tersebut masih belum boleh didedahkan kepada umum.

”Dah ada (sebanyak) empat negara, tetapi saya tidak boleh umumkan sekarang,” ujar beliau lagi kepada pihak media.

Advertisements

Dato Suraya juga tidak menolak kemungkinan untuk memanggil pemain naturalisasi bagi memperkuat skuad wanita kebangsaan sekiranya berkelayakan namun buat masa ini, tiada info rasmi yang belum perolehi.

“Kita sedang cari tapi belum jumpa (pemain yang bersesuaian). Kita tidak ada pencari bakat yang spesifik untuk (pemain) wanita.”

“Kita belum ada dan kebanyakan yang cari itu pun, kita tidak ada (data) untuk perkara tersebut bukan macam (pemain) lelaki,” tambahnya lagi.

Advertisements

Skuad bola sepak wanita negara yang dibimbing jurulatih kelahiran Jordan, Soleen Al Zoubi kini menduduki ranking ke-96 dunia dan berjaya muncul tempat ketiga dalam Kejohanan Persahabatan Antarabangsa Wanita pada Oktober lalu di Arab Saudi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram