Skuad Wanita Malaysia Tagih Khidmat Pemain Naturalisasi?
UltraSukan
FA Malaysia
Advertisements

Pengerusi Jawatanakuasa Bola Sepak Wanita Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Suraya Yaacob tidak menolak melihat pemain naturalisasi memperkuatkan Malayan Tigress.

Hal ini dinyatakan beliau kepada media selepas Majlis Pelancaran Bola Rasmi Piala Presiden, Piala Belia, Liga Wanita Nasional (LWN) dan Piala Tun Sharifah Rodziah 2024 di Wisma FAM hari ini.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pasukan-pasukan bola sepak wanita di Asia menggunakan khidmat pemain naturalisasi termasuk pemain berdarah warisan.

Advertisements

Antara negara yang menggunakan pemain naturalisasi dalam pasukan mereka ialah Korea Selatan, Lebanon, Filipina dan Jepun.

Meskipun FAM berminat melihat pemain naturalisasi memperkuat skuad wanita negara, Suraya mengakui badan induk bola sepak Malaysia itu berdepan kesukaran mencari pemain wanita yang berkelayakan.

Justeru, beliau meminta bantuan pencari bakat yang berkebolehan untuk membantu FAM mengetengahkan pemain naturalisasi yang berpotensi mewakili Malayan Tigress.

Advertisements

“Kita sedang cari tapi belum jumpa (pemain yang bersesuaian). Kita tidak ada pencari bakat yang spesifik untuk (pemain) wanita.

“Kita belum ada dan kebanyakan yang cari itu pun, kita tidak ada (data) untuk perkara tersebut bukan macam (pemain) lelaki.

“Jadi, saya nak guna platform ini kalau sesiapa yang ada pencari bakat untuk cari pemain wanita yang kita boleh naturalisasikan, boleh ke depan dan bawa kepada Jawatankuasa Khas (FAM),” katanya.

Advertisements

Skuad bola sepak wanita negara yang dibimbing jurulatih Jordan, Soleen Al-Zoubi ketika ini memiliki ramai pemain muda sebagai teras pasukan.

Malayan Tigress turut mendapat sentuhan beberapa pemain berpengalaman dan berpangkalan di luar negara seperti Intan Sarah Anisah Zulgafli, Nurul Azurin Mazlan dan Nur Lyana Soberi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram