UltraSukan

SASC: Australia Kalahkan Malaysia

Malaysia SASC MHC 2 SASC: Australia Kalahkan Malaysia
MHC

Hasrat Malaysia merekodkan kemenangan keempat dalam Sultan Azlan Shah Cup (SASC) musnah apabila tewas kepada pasukan gergasi hoki dunia, Australia.

Advertisement

Kedua-dua pasukan sedar kemenangan dalam aksi ini bukan saja membantu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam SASC. Malah, kedua-dua pasukan melihat ini peluang mengesahkan kemaraan ke final lebih awal.

Hasrat anak buah Brendan Carolan mendapatkan kelebihan awal musnah apabila gawang negara dibolosi pada minit ke-10 menerusi Lachlan Sharp. Cambell Geddes kemudiannya menggandakan kelebihan kem Australia seminit selepas itu.

Faizal Saari mengurangkan defisit skuad negara dengan meledakkan gol pada minit ke-19. Craig Marais mengembalikan kelebihan dua gol Australia pada minit ke-28.

Bersambung selepas rehat, Australia terus memberi tekanan kepada benteng Malaysia diketuai Marhan Abd Jalil untuk memburu gol tambahan.

Ini memaksa Malaysia bekerja keras mengekang serangan Australia. Muhajir Abd Rauf merapatkan jurang pada minit ke-57.

Australia memastikan kemenangan milik mereka dengan gol keempat pada minit yang sama menerusi James Collins. Keputusan 4-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Malaysia kini menduduki tangga kedua di belakang Australia dengan sembilan mata. Meskipun berkongsi mata sama dengan Pakistan, anak buah Carolan memiliki kelebihan jaringan.

Selepas ini, The Speedy Tigers akan menentang Pakistan untuk aksi terakhir pada 26 November. Aksi ini cukup penting kerana ini menentukan siapa bakal mara ke final SASC.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...