UltraSukan

SASC: Malaysia Bangkit Benam Amerika Syarikat

Malaysia SASC MHC SASC: Malaysia Bangkit Benam Amerika Syarikat
MHC

Malaysia meneruskan rentak positif di pentas Piala Sultan Azlan Shah (SASC) 2026 setelah menumpaskan Amerika Syarikat pada Isnin.

Advertisement

Momentum cemerlang diteruskan pasukan hoki Malaysia setelah berjaya mencatatkan kemenangan ke-3 di peringkat round-robin hasil kejayaan mengalahkan Amerika Syarikat 4-2 bagi menerajui carta.

Kem negara bagaimanapun dikejutkan dengan gol awal daripada Amerika Syarikat apabila Wyatt Kosmos-Katz mudah menampan bola ke gawang Malaysia yang dikemudi oleh Hafizuddin Othman pada minit ke-8.

Usaha Malaysia bagi menyamakan kedudukan akhirnya berhasil apabila kuisan mudah oleh Faizal Saari berjaya menerjah masuk ke dalam pintu gol Amerika Syarikat selepas 15 minit permainan berlangsung.

Skuad negara yang dibimbing oleh Brandon Carolan mendahului buat kali pertama pada minit ke-20 setelah larian deras oleh Faiz Helmi Jali disudahkan dengan pukulan kencang untuk gol kedua Malaysia.

Gol ketiga terhasil menerusi gerakan solo cantik daripada Adam Ashraf yang kemudiannya disempurnakan dengan satu pukulan kencang hingga mengelirukan penjaga gawang lawan pada minit ke-41.

Selang 3 minit kemudian, Faizal Saari menambah derita Amerika Syarikat dengan jaringan keempat hasil kuisan mudah dari sayap kanan untuk gol kedua peribadi penyerang kelahiran Terengganu itu.

Gawang negara bolos buat kali yang kedua apabila Kei Kaeppeler melepaskan satu pukulan kencang yang gagal diselamatkan oleh Hafizuddin Othman untuk menjadikan kedudukan 4-2 pada minit ke-53.

Aksi berakhir dengan kemenangan 4-2 memihak Malaysia.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...