ACL

ACL2: Kuching City Lunas Dendam Ke Atas Phnom Penh Crown

Safawi Kuching City FC 2 ACL2: Kuching City Lunas Dendam Ke Atas Phnom Penh Crown
Kuching City FC

Kuching City merekodkan kemenangan kedua berturut-turut di pentas AFC Champions League Two (ACL2) setelah membenam cabaran Phnom Penh Crown pada Khamis.

Advertisement

Kemenangan 3-0 ke atas Phnom Penh Crown di tempat sendiri menyalakan harapan buat Kuching City mara ke pusingan kalah mati ACL2 selain turut melunaskan dendam kekalahan pada aksi pertama lalu.

Trio Ajdin Mujagic, Safawi Rasid dan Ramadhan Saifullah dipilih bagi mengetuai jentera serangan Kuching City sementara Phnom Penh Crown menurunkan tonggak kebangsaan New Zealand iaitu Moses Dyer.

Tuan rumah tidak perlu menunggu lama untuk menguji gawang Phnom Penh Crown apabila tandukan Ajdin Mujagic menggegar tiang gol lawan pada minit pertama, seakan memberikan amaran awal.

Gol pembukaan perlawanan hadir di minit ke-32 hasil percubaan cantik daripada kaki kiri Safawi Rasid yang berjaya memperdaya pertahanan sebelum menewaskan Um Vichet di hadapan gawang lawan.

Momentum tersebut berterusan di babak kedua apabila Jerome Etame menambah jaringan kedua buat Kuching City pada minit ke-75, seminit selepas penyerang itu masuk menggantikan Safawi Rasid.

Dylan Wenzel-Halls melengkapkan hari gemilang buat Kuching City dengan gol ketiga pada penghujung permainan.

Aksi di Stadium Taha Ariffin berakhir dengan keputusan 3-0 memihak Kuching City, sekali gus melonjakkan kedudukan wakil negara di tangga kedua Kumpulan H dengan 7 mata.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...