ACL

Daejeon Hana Mula Rasai Tekanan Hadapi JDT

Daejeon Hana Citizen FC Daejeon Hana Mula Rasai Tekanan Hadapi JDT
Daejeon Hana Citizen FC

Kelab Korea Selatan, Daejeon Hana Citizen mula merasai tekanan menjelang aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 1 Disember ini.

Advertisement

Ini kerana meskipun pasukan itu berjaya mengatasi Beijing Guoan 3-2 dalam aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) sebelumnya, wujud kelemahan pasukan meresahkan jurulatih Daejeon Hana, Hwang Sun-hong.

Hwang Sun hon AFC Daejeon Hana Mula Rasai Tekanan Hadapi JDT
Jurulatih Daejeon Hana Citizen, Hwang Sun-hong. Sumber: AFC.

Dua kelemahan yang dikesan beliau ialah barisan pertahanan yang rapuh dan penyudah tumpul. Sun-hong melihat dua aspek ini harus diperbaiki segera sebelum aksi Daejeon Hana yang berikutnya.

“Kami menang (ke atas Beijing Guoan) hasil sokongan ramai peminat walaupun cuaca sejuk. Walau bagaimanapun, ia satu perlawanan yang membuatkan kami menginginkan lebih banyak lagi. Ia satu perkara mengecewakan kerana kami sepatutnya boleh menang dengan sempurna.

“Gol pertama yang dibolosi amat dikesali. Walaupun gol itu sendiri menjadi kebimbangan, hantaran penyudah di zon serangan tidak bertambah baik.

“Saya berharap terdapat lebih banyak ketenangan (untuk para penyerang) ketika berada di hadapan gol. Ia cukup mengecewakan juga kerana kami membenarkan serangan balas dalam situasi di mana kami sepatutnya boleh menambah jaringan,” katanya kepada lawan sesawang rasmi Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Selepas lima perlawanan ACLE, Daejeon Hana kini di tangga ke-10 dengan tujuh mata. Justeru, pasukan itu berharap dapat meraih keputusan positif di SSI untuk terus mendaki kedudukan carta Liga Timur ACLE.

Meskipun begitu, Daejeon Hana dijangka berdepan tentangan sengit JDT bila beraksi di SSI. Hal ini pernah dirasai pemain pertahanan mereka, Lee Myung-jae ketika mewakili Ulsan HD pada 2024.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...