Advertisements
4 Pemain Muda Malaysia Tunjuk Kemajuan Hebat Bersama Kim Pan-gon
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

4 pemain muda Malaysia mempamerkan kemajuan hebat selepas terpilih untuk membantu pasukan di Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman.

Harimau Malaya hanya mengekalkan 18 orang pemain yang berada dalam skuad Piala Asia 2023 dengan kemasukan bebebapa tonggak baharu menjadi perhatian.

Hal ini susulan kecederaan Matthew Davies dan juga Junior Eldstal memaksa pengendali kelahiran Korea Selatan itu mengubah percaturan baharu.

Menerusi satu temu bual bersama ketua jurulatih b-23 negara, Juan Torres Garrido, beliau berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh anak buahnya bersama skuad senior.

Antara pemain yang terpilih bersam Pan-gon ialah Mukhairi Ajmal, Nooa Laine, Azam Azmi dan juga Harith Haiqal.

Katanya, pengalaman peringkat tertinggi yang diperoleh termasuklah ketika bertemu Nepal bakal menjadi bekalan terbaik buat mereka.

“Mereka menunjukkan tahap yang baik bersama skuad kebangsaan. Mereka juga turun beraksi menentang Nepal dan mempamerkan aksi baik namun keadaan ini seperti pra-musim.”

“Barisan kejurulatihan perlu memastikan pemain dalam keadaan baik dan selepas beberapa minggu barulah kita boleh melihat prestasi sebenar pemain,” ujarnya ketika ditemui di Wisma FAM.

Skuad muda negara akan menempuh 5 aksi persahabatan sebagai persiapan dengan India bakal menjadi lawan dalam satu aksi tertutup yang beelangsung pada 22 dan 25 Mac 2024.

Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian Juan Torres Garrido telah diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait bagi saingan yang akan berlangsung di Qatar dari 15 April hingga 3 Mei 2024.