Matthew Davies & Junior Eldstal Disisihkan Dari Skuad Ke Oman
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Dua watak penting Malaysia, Matthew Davies dan Junior Eldstal terpaksa disisihkan daripada skuad negara sebelum berlepas ke Oman bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Perkara ini dimaklumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai keputusan untuk meninggalkan dua pemain berpengalaman negara ini atas faktor kecederaan.

Hanya baki lapan pemain iaitu tujuh pemain dari Johor Darul Ta’zim (JDT) serta Dion Cools dari Buriram United telah melapor diri ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya pada Jumaat, 15 Mac 2024.

Advertisements

Keadaan yang tidak diingini terjadi kepada Matthew Davies dan Junior Eldstal yang tidak melapor diri selepas JDT menerusi satu surat rasmi memaklumkan bahawa dua pemain ini telah mengalami kecederaan semasa perlawanan latihan pada 14 Mac 2024.

“JDT memohon pengecualian buat kedua-dua pemain berkenaan untuk melapor diri bersama skuad kebangsaan dan akan menjalani rawatan pemulihan selanjutnya bersama kelab. Laporan kecederaan dilampirkan dalam surat tersebut.”

“Dengan ketiadaan Matthew dan Junior, skuad Harimau Malaya kini mempunyai 31 pemain dalam kem latihan.”

Advertisements

Ketika ini, skuad negara memiliki 31 pemain dan seramai tujuh pemain telah dilepaskan ke skuad B-23 kebangsaan kendalian Juan Torres Garrido yang akan memulakan kem latihan pusat mereka pada Ahad, 17 Mac 2024 bagi persiapan menghadapi Piala Asia B-23 2024 di Qatar, April ini.

24 pemain akan dibawa ke Muscat, Oman pada Ahad, 17 Mac 2024 bagi menghadapi perlawanan ketiga Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman di Sultan Qaboos Sports Complex pada Khamis, 21 Mac 2024, jam 10.00 malam (2.00 pagi Jumaat, waktu Malaysia).

Skuad kendalian Kim Pan-gon kini dalam momentum terbaik selepas merekodkan dua kemenangan berdepan Kyrgyzstan dan Chinese Taipei untuk mendahului saingan Kumpulan D dengan 6 mata.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram