Advertisements
4 Tonggak Import Kelantan DN Hilang Dari Radar
Liga Super
MakanBola
Kelantan Darul Naim FC

Ramai penyokong Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) perasan pasukan itu tidak diperkuatkan dengan empat tonggak import untuk aksi menentang Sabah FC.

Berdasarkan semakan senarai kesebelasan utama pasukan itu, hanya tiga pemain import yang disenaraikan pengurusan Sang Kijang Emas.

Tiga pemain import tersebut ialah kapten, Oday Kharoub, bek tengah Republik Czech, Michal Jerabek dan penyerang Brazil, Washington Brandao.

Sementara empat lagi pemain import yang tidak disenaraikan ialah Kim Li-kwan, Goo Ah-hwoi, Bae Kyung-hwan dan Aung Kaung Mann. Pengurusan Kelantan DN tidak menyatakan sebab empat pemain ini tidak disenaraikan.

Daripada empat pemain ini, Li-kwan merupakan tonggak utama Sang Kijang Emas di bahagian pertahanan. Beliau sudah merekodkan 13 penampilan dan dua gol dalam Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25.

Sementara Kyung-hwan pula merekodkan lapan penampilan, satu gol dan satu bantuan gol dalam Liga M. Selepas menyertai Kelantan DN dalam tetingkap kedua perpindahan Liga M, Kaung Mann merekodkan empat penampilan untuk pasukan itu.

Sementara Ah-hwoi pula belum merekodkan sebarang penampilan dalam Liga Super. Selain empat tonggak import, kelibat jurulatih Kelantan DN, Park Jae-hong juga tidak kelihatan.

Ini menyebabkan tugas membimbing pasukan itu untuk aksi menentang Sabah digalas penolong jurulatih, Rezal Zambery Yahya. Berdasarkan keputusan semasa, Sabah mendahului Kelantan DN 4-1.