Johor Darul Ta’zim (JDT), mendaftarkan 4 tonggak utama mereka sebagai pemain tempatan termasuklah Bergson dalam saingan Liga Malaysia 2026-2027.
Menerusi senarai kesebelasan utama JDT vs Kuching City yang dimuat naik sebelum perlawanan menyaksikan nama Bergson, Manuel Hidalgo dan Shane Lowry lagi diletakkan sebagai kategori pemain asing seperti sebelum ini.
Selain itu, pertahanan baharu JDT, Brad Tapp turut didaftarkan sebagai pemain tempatan setelah bekas pemain Central Coast Mariners tersebut dilaporkan memiliki darah warisan dan layak untuk mewakili Malaysia.
Keempat-empat tonggak ini bakal terlibat dalam aksi pertama Liga Super Malaysia 2026-2027 menentang Kuching City dengan Bergson dan Brad Tapp menjadi pilihan Xisco Munoz untuk berada dalam kesebelasan utama.
Manakala, Shane Lowry dan Manuel Hidalgo akan memulakan perlawanan dari bangku simpanan bersama para pemain lain seperti Corbin Ong, Matt Davies, Afiq Fazail, Shahab Zahedi, Eddy Israfilov dan ramai lagi.
Perlawanan ini penting buat JDT bagi merangkul trofi pertama musim ini, selain melakar rekod dunia yang diidam-idamkan dengan 109 perlawanan tanpa kalah dalam liga, mengatasi rekod lampau yang dipegang oleh ASEC Mimosas.
Perlawanan JDT vs Kuching City dapat ditonton menerusi siaran Astro Arena Bola dan TV Okey pada jam 9 malam ini.