Ads
Liga Super
MFL

Kelantan kini terjerumus ke tangga tercorot liga dan telah mengalami 3 kekalahan berturut-turut.

Advertisements

Berbaki 4 perlawanan liga, Kelantan perlu bangkit dan bersedia untuk menghadapi cabaran 4 pasukan liga yang kini masing-masing berjuang merebut 3 mata berharga.

Advertisements

Kelantan bakal bertemu Sabah pada Jumaat ini dilaman sendiri bagi aksi tertunda.

Advertisements

Advertisements

Sabah yang kini berada ditangga kelima liga pastinya mahu meraih kemenangan bagi terus beraksi di pentas Asia pada musim hadapan.

Lawan seterusnya, Kedah juga berkongsi misi yang sama dengan Sabah dan prestasi semasa pasukan kendalian Nafuzi Zain ini harus diberi perhatian.

Advertisements

Kedah mencatat 4 kemenangan dan 1 keputusan seri dalam 5 perlawanan terakhir Liga Super.

Manakala satu lagi lawan Kelantan, PDRM pula semakin menemui rentak apabila mencatat beberapa keputusan positif beberapa perlawanan lalu dimana mereka pernah menewaskan KL City, Sabah dan Selangor.

Kelantan United pula bakal menjadi ujian terakhir sebelum Liga Super 2023 melabuhkan tirai namun kebangkitan semasa Kelantan United yang kini keluar daripada kedudukan 2 terakhir liga seolah-olah memberikan amaran buat Kelantan.

Kelantan vs Sabah (3 November 2023)
Kelantan vs Kedah Darul Aman (24 November 2023)
PDRM vs Kelantan (2 Disember 2023)
Kelantan vs Kelantan United (17 Disember 2023)

Kelantan harus mengelakkan kekalahan dan meraih mata semaksimal mungkin bagi terus bersaing dalam kancah Liga Super untuk musim hadapan.

Ketua jurulatih, Alfredo Vera pastinya sedang mencari kemenangan kedua bersama Kelantan yang kali terakhir memenangi perlawanan sewaktu menentang Negeri Sembilan pada awal Ogos yang lalu.

Advertisements

Kelantan kini mengumpul 8 mata menerusi 2 kemenangan, 2 seri dan 18 kekalahan setelah mengharungi 22 perlawanan liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram