Advertising
5 Bintang Sensasi Hangatkan Pertemuan Epik Malaysia vs Singapura
MakanBola
FAM/FAS
Sponsors

Pertemuan yang dinantikan di antara Malaysia & Singapura bakal menjadi pentas terbaik buat 5 bintang tumpuan aksi ini.

Pasukan kebangsaan kembali ke tanah air setelah tewas tipis 1-0 di tangan juara bertahan, Thailand di Bangkok Sabtu lalu dan memiliki tempoh rehat hampir lima hari berbanding pihak lawan.

Ad

Sementara Singapura pula baru sahaja selesai mengharungi aksi ketiga Selasa lalu apabila tumpas 2-3 kepada Thailand meskipun tampil garang mendahului 2-0 di awal permainan.

Ad

Di sebalik aksi hangat ini, kelibat lima pemain bintang bakal menjadi tumpuan para penyokong baik Malaysia mahupun Singapura.

1- Darren Lok

Ad

Walaupun masih belum membuka akaun jaringan pada edisi ini, namun impak dan pengalaman Darren pasti ditagih Pau Marti untuk merobek pintu gawang Singapura seperti yang dilakukannya 2 tahun lalu.

Ad

Perkembangan terkini melaporkan Darren dilihat sedang giat memperbaiki stamina selepas mengalami kecederaan di aksi terakhir dan bersedia untuk memulakan aksi di kesebelasan utama atau bangku simpanan.

Ad

2- Fazrul Amir

Kelincahan dan keberanian yang ditampilkan pemain sayap Kelantan DN ini telah membuka mata orang ramai melalui aksi cemerlang ketika tumpas 1-0 kepada Thailand minggu lalu.

Kehadiran anak jati Tanah Merah ini bakal menambah pilihan serangan buat Pau Marti untuk mengisi posisi sayap kiri ini sekaligus memberi tekanan buat bek kanan Singapura, Irfan Najeeb.

3- Khuzaimi Piee

Kekebalan benteng pertahanan negara ketika berdepan Thailand ditunjangi persembahan cemerlang duo Harith Haiqal dan juga Khuzaimi Piee yang kerap kali mematahkan serangan Gajah Perang.

Untuk aksi kali ini, khidmat Khuzaimi dijangka bakal menjadi taruhan di samping kembalinya kelibat kapten, Dominic Tan untuk membentuk gandingan tiga serangkai bersama Harith Haiqal.

4- Shawal Anuar

Kelibat penyerang Lion City Sailors ini wajar menjadi tumpuan khusus barisan pemain negara memandangkan Shawal kini konsisten meledak jaringan dalam 3 aksi peringkat kumpulan sebelum ini.

Di bawah bimbingan oleh Tsutomu Ogura, Shawal sering kali diletakkan di posisi penyerang utama dan diberi kebebasan untuk bergerak di segenap ruang dan bakal memberi tugas sukar buat benteng pertahanan.

5- Kyoga Nakamura

Keberkesanan barisan tengah Singapura pada kejohanan kali ini diketuai oleh arkitek tengah dari Jepun, Kyoga Nakamura yang menjadi nadi penting dalam mengawal tempo sebenar permainan.

Dalam tiga aksi awal sebelum ini, Nakamura diberi peranan penting oleh Tsutomu Ogura untuk bergandingan bersama Shahdan Sulaiman dan berkemungkinan akan terus menjadi senjata Singapura.

Pertemuan Malaysia vs Singapura dijadualkan berlangsung pada Jumaat, 20 Disember di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan sepak mula tepat jam 9 malam.