Advertising
5 Fakta Menarik Tentang Aksi JDT vs Kedah Darul Aman Malam Ini
Liga Super
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

5 fakta menarik tentang pertemuan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) vs Kedah Darul Aman malam ini.

Skuad kendalian Hector Bidoglio meneruskan momentum cemerlang pada musim ini apabila tidak mencatatkan sebarang kekalahan pada musim ini.

Ad

JDT juga telah merekodkan dua kemenangan dalam aksi sebelumnya iaitu pada aksi separuh akhir Piala FA 2024 dengan keputusan 2-1 dan 3-0.

Ad

Walau bagaimanapun, Kedah menjadi antara salah satu pasukan yang berjaya membolosi gawang gol Harimau Selatan selepas Negeri Sembilan, KL City, Sabah dan PDRM.

Anak didik Nafuzi Zain berdepan misi penting untuk memecahkan dua tugas besar iaitu kemenangan tatkala skuad Harimau Selatan masih belum tewas musim ini.

Ad

Bukan itu sahaja, JDT masih memiliki rekod kebal ketika beraksi di Stadium Sultan Ibrahim apabila masih tidak tewas dalam aksi domestik sejak sekian lama.

Ad

Kedah Darul Aman juga memburu kemenangan ke-4 musim ini di Liga Super manakala JDT masih memburu kemenangan ke-8 musim ini.

Ad

JDT memiliki kelebihan ke atas Sang Kenari apabila merekodkan 6 kemenangan dalam pertemuan terakhir sejak dua tahun lalu.

Aksi JDT dan Kedah Darul Aman akan berlangsung pada 9 Ogos 2024 jam 8:15 malam.