Ads
5 Fakta Penting Tentang Kemenangan Selangor Berdepan Kedah
Liga Super
Selangor FC

5 fakta penting menghiasi kemenangan penting naib juara Liga Super 2023, Selangor FC ke atas Kedah Darul Aman FC.

Advertisements

Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya itu menyaksikan skuad kendalian Nidzam Jamil berjaya merakamkan kemenangan tipis 1-0 di laman sendiri.

Advertisements

Pencapaian ini menyaksikan jurulatih muda itu berjaya mengulangi rekod bekas pengendali, Tan Cheng Hoe yang menewaskan Sang Kenari sebanyak dua kali pada musim lalu.

Advertisements
Advertisements

Kedah tunduk di Darul Aman 1-0 pada Disember lalu manakala tewas 3-2 dalam satu pertemuan sengit menentang The Red Giants di MBPJ awal tahun 2023.

Selain itu, 5 orang pemain telah melakukan debut bersama pasukan iaitu Alvin Fortes, Nooa Laine, Ronnie Fernandez, Umarbek Eshmurodov dan juga Reziq Bani Hani.

Advertisements

Jaringan pemain gantian, Aliff Haiqal Lau menyaksikan beliau berjaya meledak gol tunggal perlawanan dan gol pembukaan musim 2024/25 manakala penjaga gol pasukan, Sam Somerville mencatatkan aksi ke-15 tanpa bolos bersama pasukan Lembah Klang itu.

Aksi sulung di gelanggang keramat itu menyaksikan seramai 10,077 orang penyokong hadir membanjiri stadium.

Berdasarkan pengkalan data yang direkodkan oleh MakanBola, Selangor berada pada kedudukan ketiga aksi dengan jumlah kehadiran penonton tertinggi di Liga Super selepas JDT dan juga Perak.

Advertisements

Selangor bakal melayan kunjungan Negeri Sembilan bagi aksi berikutnya dan venue berlangsung di Stadium MBPJ berdasarkan perubahan semasa pada 26 Mei jam 8:15 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram