Ads
Aksi Selangor & Negeri Sembilan Bertukar Venue
Liga Super
Selangor FC

Aksi Liga Super melibatkan Selangor dan Negeri Sembilan bakal mengalami perubahan venue perlawanan.

Advertisements

Perlawanan di antara Negeri Sembilan dan Selangor yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mei hadapan sepatutnya dijalankan di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan.

Advertisements

Walau bagaimanapun, Negeri Sembilan FC menerusi satu kenyataan di media sosial pasukan telah mengumumkan bahawa pihak Malaysian Football League (MFL) telah membenarkan perubahan venue dilakukan.

Advertisements
Advertisements

“MFL melalui satu surat hari ini telah meluluskan permohonan kelab untuk menukar venue bagi perlawanan Liga Super menentang Selangor FC yang dijadualkan pada 26 Mei 2024 (Bil Perlawanan 18),” tulis Negeri Sembilan FC dalam kenyataan kelab.

Hal ini disebabkan oleh kerja-kerja baik pulih saliran padang di Stadium Tunku Abdul Rahman masih sedang giat dijalankan dan dijangka tidak sempat siap sebelum perlawanan dilangsungkan.

Advertisements

Maka, disebabkan ini, venue bagi aksi Negeri Sembilan menentang Selangor pada minggu hadapan bakal ditukar ke Stadium Bandaraya Petaling Jaya yang merupakan gelanggang bagi The Red Giants.

Pasukan Selangor FC bakal menjadi tuan rumah pada perlawanan Ahad hadapan manakala tarikh bagi aksi timbal balik liga di Stadium Tunku Abdul Rahman bakal diumumkan kelak oleh pihak MFL.

Selangor kini berada di tangga keenam carta Liga Super setelah kejayaan manis menumpaskan jaguh utara tanah air, Kedah Darul Aman 1-0 hasil jaringan lewat Aliff Haiqal di Petaling Jaya pada Sabtu.

Advertisements

Manakala, Negeri Sembilan yang bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim, Johor beraksi hebat sebelum terpaksa akur tunduk 1-3 kepada juara bertahan, JDT semalam dengan gol tunggal pasukan disumbangkan oleh Hein Thet Aung.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram