Lima pemain dikesan bersama pasukan Johor Darul Ta’zim – JDT vs Sanfreece Hiroshima.
Skuad kendalian Xisco Munoz cemerlang dan membawa momentum terbaik ke Hiroshima, bagi aksi ketujuh kempen AFC Champions League Elite (ACLE).
Pasukan Harimau Selatan dilihat membawa barisan terbaik dengan kemunculan lima pemain menjadi nadi kekuatan utama beraksi di gelanggang lawan.
JDT dikesan membawa tiga tonggak warisan Harimau Malaya – Jon Irazabal, Hector Hevel dan juga penyerang, Joao Figueiredo bagi menentang kelab Jepun itu.
Tiga tonggak ini telah diturunkan dalam beberapa perlawanan terakhir pasukan termasuklah ketika kempen cemerlang di ACC Shopee Cup 2025-26 menentang Shan United.
Bukan itu sahaja, juara bertahan Liga Super Malaysia itu dua penggempur berbisa, Bergson Da Silva (16 gol) dan Jairo Da Silva (12 gol) selaku penjaring terbanyak liga ketika ini.
JDT turut memiliki beberapa pilihan pada posisi pertahanan dengan kehadiran Shane Lowry, Park Jun-heong, Jonathan Silva, Raul Parra, Eddy Israfilov dan juga Oscar Arribas.
Bukan itu sahaja, JDT kelihatan memiliki pilihan tambahan dengan kepulangan Natxo Insa selain tonggak baharu seperti Rui Nene bakal menjadi tonggak penting JDT, malam Selasa.
Aksi antara Sanfrecce Hiroshima vs JDT dijadual pada Selasa, 10 Februari 2026 jam 6.00 petang.