6 Pemain Baru Bakal Perkuat Kelantan FC
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pasukan Liga Super, Kelantan FC difahamkan akan membawa masuk 6 muka baharu pada jendela perpindahan kali ini.

Umum mengetahui bahawa The Red Warriors berdepan dengan pelbagai masalah yang menyaksikan ramai tonggak utama angkat kaki meninggalkan pasukan.

Hasrat penyokong Kelantan untuk melihat kebangkitan pasukan kesayangan mereka semakin bersinar apabila difahamkan pasukan akan membawa masuk tonggak baharu.

Advertisements

Menerusi satu makluman oleh pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham, beliau akan mempertimbangkan untuk membawa masuk sekurang-kurangnya 6 muka baharu.

“Saya akan cuba menyelesaikan isu membabitkan sekatan pembelian pemain pada jendela perpindahan kedua ini. Selepas itu, jika mengikut perancangan mahu membawa lima atau enam pemain baharu untuk menguatkan pasukan.”

“Walaupun, ketika ini Kelantan FC dalam rundingan untuk penjualan namun saya mahu memastikan pasukan juga berada dalam keadaan terbaik untuk mengharungi baki saingan Liga Super,” katanya kepada Harian Metro.

Advertisements

Kelantan kini di bawah kendalian jurulatih baharu, Angel Alfredo Vera bagi menggalas cabaran pasukan untuk memperbaiki kedudukan semasa.

Kelantan ketika ini berada di tangga tercorot liga apabila merekodkan 4 mata dan hanya mampu meraih satu kemenangan setakat ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram