8 Kelab Handal Uji JDT Di Sepanyol
MakanBola
Johor Southern Tigers

Skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) merangka aksi pra-musim di Sepanyol dengan menentang 8 pasukan hebat di sana.

Sebagai persiapan bagi menghadapi musim 2025-2026, JDT telah membuat keputusan terbang ke Sepanyol seperti tahun lalu untuk mempersiapkan skuad yang lebih kuat dan ampuh.

Di Sepanyol, skuad Harimau Selatan telah mengatur 8 aksi pemanas badan menentang lawan-lawan yang miliki status hebat sepanjang 22 hari kem pra musim yang diadakan di Alicante, Sepanyol.

Dua pasukan telah pun diumumkan sebelum ini iaitu juara Liga Divisyen Dua Sepanyol, Levante UD dan Cardiff City yang pernah beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ini.

Baki 6 lagi kelab yang akan berdepan JDT adalah Real Murcia Imperial, Valencia Mestalla dan Costa City dari Sepanyol; Al-Arabi, Al-Rayyan (Qatar) serta satu pasukan dari Arab Saudi iaitu Riyadh FC.

Persiapan rapi dilakukan oleh pasukan Harimau Selatan ini dilihat sebagai langkah awal bagi mempertahankan 4 trofi yang dimenangi sebelum ini selain mara lebih jauh di pentas AFC Champions League Elite (ACLE).