8 Pemain Terengganu Positif Covid-19
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Perkhabaran duka buat skuad Terengganu menjelang aksi suku akhir pertama Piala FA apabila difahamkan beberapa pemain utama skuad Sang Penyu dijangkiti Covid-19.

Terengganu bakal melayani kunjungan pasukan Sabah di Gong Badak pada Jumaat setelah tampil penuh cemerlang untuk menyingkirkan Perak dua minggu lalu di pusingan pertama dengan keputusan 2-1 untuk mara ke suku akhir.

Ad

Namun begitu, khabar kurang enak terjadi apabila Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas mengesahkan pihaknya ada memohon kepada Malaysian Football League (MFL) untuk menangguhkan perlawanan tersebut.

Ad

Hal ini selepas melihat keadaan pasukannya yang tempang kerana dilaporkan lebih kurang lapan pemain disahkan positif Covid-19 setelah pulang daripada aksi Liga Super menentang Kuching City FC tempoh hari.

Namun, selepas mengadakan perbincangan bersama Sabah FC dan mengambil kira faktor kerugian yang bakal dihadapi pihak lawan, Terengganu FC membatalkan hasrat tersebut dan meneruskan aksi seperti yang dijadualkan.

Ad

“Betul, kita ada memohon dan menghantar surat kepada pihak MFL untuk menangguhkan perlawanan terbabit tetapi apabila kita sendiri dah berbincang dengan Sabah FC, kita teruskan sahajalah aksi esok.”

Ad

“Ini kerana mereka pun dah beli semua tiket penerbangan untuk datang ke Terengganu dan hotel semua pun dah tempah, jadi kita pun tidak mahu mereka rugi dan sebagainyalah,” ujar beliau kepada pihak MFL.

Ad

Tambah beliau lagi, meskipun Terengganu bakal turun tanpa beberapa pemain, namun sepenuh keyakinan tetap diletakkan buat barisan pemain yang ada bagi membawa cabaran Sang Penyu di Gong Badak pada esok hari.

“Dan kita tiada masalah untuk teruskan juga perlawanan esok walaupun sebenarnya skuad agak tempang tanpa beberapa tonggak, tetapi ada juga yang dah habis kuarantin.

“Kita tengok nanti pemain-pemain lain yang ada, Insya Allah mereka juga boleh memberi saingan,” jelasnya lagi.

Terengganu dan Sabah akan berentap di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jumaat dalam aksi pertama dengan misi membawa bekalan selesa sebelum kembali beraksi dalam perlawanan timbal balik di Likas minggu hadapan.