Terengganu mara ke pusingan suku akhir Piala FA 2024 hari ini selepas menewaskan Perak dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Pasukan Perak dibawah kendalian Yusri Che Lah terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit keenam permainan. Rembatan deras Luiz Motta gagal diselamatkan penjaga gol Terengganu, Suhaimi Husin.
Pada minit ke-35 permainan, pemain tengah Terengganu Manuel Ott dikasari pertahanan Perak, Tommy Mawat dalam kawasan penalti pasukan pelawat. Pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti buat Terengganu sekaligus disempurnakan Safawi Rasid untuk jaringan penyamaan.
Sebelum aksi di separuh masa pertama tamat, import Terengganu Marin Pilj meletakkan Skuad Peteh dihadapan selepas rembatan jarak jauh beliau menggegar jaring. Terengganu mendahului babak pertama dengan keputusan 2-1.
Bersambung aksi di babak kedua permainan, Terengganu meneruskan rentak serangan untuk mencari jaringan tambahan.
Tomislav Steinbruckner turut membuat beberapa pertukaran untuk mengukuhkan jentera serangan.
Pada minit ke-64 permainan, pemain Perak Firdaus Saiyadi dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan selepas semakan daripada VAR mengesan kekasaran keras yang dilakukan terhadap Safawi Rasid.
Perak memiliki peluang terbaik untuk menyamakak kedudukan menerusi pemain gantian, Azfar Fikri. Namun jaringan itu dibatalkan pengadil kerana pemain muda itu dikesan berada dalam kedudukan offside.
Keputusan di separuh masa pertama kekal hingga tamat perlawanan. Perak tersingkir daripada kempen Piala FA 2024 selepas ditewaskan Terengganu dengan keputusan 2-1.