Pentas Piala Dunia B-17 2026 bakal menyaksian kehadiran 9 negara dari benua Asia termasuklah satu wakil dari ASEAN.
16 negara bersaing hebat di Piala Asia B-17 yang merupakan aksi kelayakan bagi melayakkan diri ke kejohanan Piala Dunia B-17 dengan hanya 8 pasukan terbaik sahaja yang akan mara nanti.
Ini bermakna 8 pasukan yang melangkah ke suku akhir Piala Asia B-17 sahaja yang akan mara ke Piala Dunia dengan aksi peringkat kumpulan baru sahaja menutup tirai pada Khamis.
Qatar yang merupakan pasukan tuan rumah Piala Dunia B-17 bagi edisi 2026 menjadi wakil Asia pertama yang menempah tempat ke kejohanan itu dan bakal membuat penampilan ke-10.
Selain itu, Arab Saudi yang pernah muncul juara pada tahun 1989 mengesahkan tiket ke kejohanan berprestij ini selepas muncul dua pasukan terbaik dari kumpulan A bersama-sama Tajikistan.
3 Gergasi Asia iaitu Jepun, Korea Selatan dan Australia turut tidak ketinggalan tiket ke Piala Dunia B-17 selepas menepati pilihan ramai dengan melepasi cabaran di kumpulan masing-masing.
Penantian China-17 selama 21 tahun untuk kembali ke pentas Piala Dunia sudah berakhir selepas berjaya menempatkan diri dalam kelompok 8 pasukan terbaik Asia, begitu juga dengan Uzbekistan.
Fokus peminat ASEAN bakal tertumpu kepada Vietnam yang akan melakukan penampilan sulung di pentas Piala Dunia B-17 selepas cemerlang muncul juara kumpulan C di Piala Asia B-17.
Kejohanan Piala Dunia B-17 dijadualkan berlangsung bermula 19 November hingga 13 Disember dengan 48 pasukan bakal bersaing hebat untuk merebut kejuaraan bagi edisi yang ke-21 ini.
9 negara Asia di Piala Dunia B-17 2026
1- Qatar.
2- Uzbekistan.
3- Arab Saudi.
4- Jepun.
5- Australia.
6- Vietnam.
7- Korea Selatan.
8- China.
9- Tajikistan.