Vietnam Lakar Sejarah Ke Piala Dunia B-17
MakanBola
Vietnam FF

Vietnam menjadi wakil tunggal ASEAN yang berjaya layak ke Piala Dunia B-17 2026 di Qatar.

Kejayaan skuad muda Vietnam ini menempah tiket ke Piala Dunia diumumkan setelah berjaya menempatkan diri dalam kelompok 8 pasukan terbaik di Piala Asia B-17 yang sedang berlangsung kini.

Di peringkat kumpulan, Vietnam diletakkan bersama Emeriah Arab Bersatu (UAE), Korea Selatan dan Yemen dengan wakil ASEAN ini berjaya mencatatkan dua kemenangan serta sekali tewas.

Langkah kanan buat pasukan bimbingan Cristiano Roland ini apabila berjaya menewaskan Yemen 1-0 dalam aksi pertama sebelum tewas 1-4 kepada jaguh Asia, Korea Selatan selepas itu.

Misi mencabar buat Vietnam apabila perlu menewaskan UAE pada aksi terakhir dan tugas tersebut bagaimanapun berjaya dilaksanakan hasil kemenangan 3-2 sekali gus muncul juara kumpulan C.

Kemaraan ke suku akhir selaku juara kumpulan ini membawa Vietnam layak ke Piala Dunia B-17 di Qatar pada penghujung tahun 2026 bersama-sama 8 buah negara handal Asia yang lain.

Sebagai rekod, Indonesia menjadi wakil tunggal ASEAN di Piala Dunia B-17 edisi lalu sebelum tersingkir di peringkat kumpulan apabila tumbang di tangan Brazil dan Zimbabwe.

Piala Dunia B-17 2026 akan berlangsung di Qatar bermula pada 19 November hingga 13 Disember membabitkan 48 buah negara dengan Asia bakal diwakili 9 negara termasuk tuan rumah.