Achraf Hakimi Cium Ibu Rai Kemenangan Maghribi
Piala Dunia
Farid Khan
Advertisements

Semalam, Maghribi mencipta sejarah sebagai pasukan keempat dari Afrika yang layak ke suku akhir Piala Dunia. Ini selepas Singa Atlas menewaskan Sepanyol dalam perlawanan kalah mati Piala Dunia 2022 menerusi sepakan penalti. Dan selepas menjaringkan penalti kemenangan, Achraf Hakimi segera berlari ke tempat duduk penyokong dan mencium ibunya.

Bagi yang mengikuti perkembangan karier pemain kelahiran Madrid itu, itu bukan perkara baru. Setiap kali Hakimi meraikan kemenangan bersama kelabnya atau pasukan kebangsaan, dia sentiasa mencari ibunya terlebih dahulu.

Dedikasi ini ada kaitan dengan kenyataannya kepada media yang dimuatnaik dalam laman sesawang Bundesliga beberapa tahun lepas. Hakimi berkata, “Ibu saya membersihkan rumah-rumah dan bapa saya merupakan penjual jalanan. Kami datang dari sebuah keluarga sederhana yang bergelut demi mencari sesuap nasi. Hari ini, saya berjuang demi mereka. Mereka telah mengorbankan diri mereka untuk saya.”

Advertisements

Hakimi dianggap bek kanan terbaik di Eropah dan sudah beraksi di beberapa kelab besar. Lahir di Madrid, Sepanyol, beliau merupakan graduan akademi Real Madrid sebelum beraksi secara pinjaman di Borussia Dortmund. Dari situ, Hakimi beraksi pula di Serie A bersama Inter Milan sebelum bermain bersama Lionel Messi, Kylian Mbappe dan Neymar di PSG.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram