ACL: Bangkok United Bangkit Ikat Yokohama F. Marinos
ACL
True Bangkok United
Advertisements

Perlawanan malam ini menyaksikan pertembungan dua juara kumpulan iaitu Bangkok United menentang Yokohama F. Marinos yang berkesudahan dengan keputusan 2-2.

Seawal 18 minit permainan, pemain sayap Yokohama, Elber berjaya memecah kebuntuan gol pertama menerusi ‘tapping’ mudah ke arah gawang gol selepas pergelutan bola di udara. 

Pada minit ke-24 permainan, Yokohama F. Marinos menjarakkan kedudukan menerusi pemain tengah, Kota Watanabe dengan rembatan deras ke gawang gol.

Advertisements

Selepas 10 minit berlalu, Bangkok United berjaya merapatkan kedudukan dengan jaringan pertama pasukan menerusi Nitipong Selanon.

Separuh masa bermula dengan asakan demi asakan yang dipersembahkan oleh Bangkok United. 

Akhirnya, pada minit masa tambahan kecederaan, pemain yang baharu sahaja masuk, Mahmoud Eid berjaya menjaringkan gol kedua buat Bangkok United sekaligus terikat jaringan seri.

Advertisements

Yokohama F. Marinos berjaya membawa bekalan selesa ke laman sendiri bagi aksi timbal balik, pusingan kedua 16 terbaik pada Rabu depan, 21 Februari 2024 di Stadium Nissan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram