ACL: JDT Bantai Ulsan Hyundai
Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perlawanan terakhir saingan peringkat Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) menyaksikan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Ulsan Hyundai. Pasukan JDT berjaya melakar kemenangan apabila menewaskan Ulsan 2-1.

Gol pembukaan perlawanan hadir pada minit ke-4 permainan setelah Leandro Velazquez memanfaatkan sepakan percuma yang diberikan. Rembatan cantik dari Leandro menggegar jaring pasukan Ulsan Hyundai menyaksikan JDT mendahului 1-0 dihadapan.

Selang seminit selepas jaringan dihasilkan, percubaan kaki kiri oleh pemain Ulsan, Amano telah menatijahkan kepada jaringan. Pada minit ke-5 permainan, sepakan deras Amano gagal diselamatkan penjaga gol JDT, Farizal Marlias.

Advertisements

Babak separuh masa pertama tamat dengan keputusan JDT 1-1 Ulsan Hyundai.

Separuh masa kedua bermula dengan serangan banyak tertumpu di benteng pertahanan Ulsan Hyundai. Pasukan JDT bijak mengatur serangan dari sebelah kiri dan kanan padang dan konsisten mendominasi permainan.

Bagaimanapun serangan yang dicipta Johor Darul Ta’zim gagal menatijahkan kepada jaringan. Disiplin yang ditampilkan para pemain Ulsan Hyundai yang menjaga rapi dua tonggak JDT iaitu Bergson dan Forestieri telah menyekat kemaraan penyerang itu dari meledak.

Advertisements

Usaha anak buah Benjamin Mora akhirnya membuahkan hasil setelah pasukan pelawat menjaringkan gol sendiri. Perlawanan tamat Johor Darul Ta’zim 2-1 Ulsan Hyundai.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram