ACL
ACL
Advertisements

Kelab K-League 1, Jeonbuk Hyundai Motors mengikut rentak cemerlang Ulsan Hyundai dan Pohang Steelers dalam ACL dengan membelasah Lion City Sailors 3-0 hari ini.

Advertisements

Jeonbuk berharap dapat bangkit selepas tewas tipis 3-2 kepada Bangkok United. Manakala The Sailors pula berharap dapat mencipta kejutan ke atas pasukan Korea itu selepas menewaskan Kitchee.

Bagaimanapun, kejutan yang dicari kelab Singapore Premier League (SPL) itu tidak kesampaian apabila Jun Amano meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit kelima.

Advertisements

The Sailors semakin ketinggalan apabila pemain pertahanan Lionel Tan tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-33. Keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Jeonbuk terus melebarkan kelebihan mereka menerusi Moon Seon-min pada minit ke-57.

Advertisements

Ini memaksa jurulatih Lion City, Alexander Rankovic membuat beberapa pertukaran bagi memastikan gawang mereka tidak bocor lagi.

Jeonbuk terus memburu gol keempat tetapi keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Keputusan ini melonjakkan mereka sebagai pendahulu sementara Kumpulan F dengan enam mata.

Bagaimanapun, kedudukan itu dijangka berubah sekiranya Bangkok United merekodkan satu lagi kemenangan ke atas Kitchee malam ini.

Kemenangan ini sekurang-kurangnya melegakan tekanan ke atas pengurus Jeonbuk, Dan Petrescu berikutan prestasi tidak menentu pasukan kebelakangan ini.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram