ACL: Kawasaki & JDT Sama Kuat, Berkongsi Mata Di SSI

kawasaki jdt acl jst ACL: Kawasaki & JDT Sama Kuat, Berkongsi Mata Di SSI
Johor Southern Tigers
Ikuti Telegram MakanBola (3640)

Johor Darul Ta’zim berjaya mengikat Juara J-League dan pendahulu liga berkenaan musim ini, Kawasaki 0-0 di Stadium Sultan Ibrahim.

Separuh masa pertama bermula baik buat kedua-dua pasukan dengan JDT dilihat lebih berbahaya ketika melakukan serangan.

Corbin Ong hampir-hampir menghadiahkan jaringan pertama perlawanan pada minit ke-40 namun sepakannya dari luar kotak penalti berjaya ditepis penjaga gawang Kawasaki Frontale, Jung Sung-Ryong .

Bersambung babak ke-2 Johor Darul Ta’zim & Kawasaki memperkemaskan permainan dan beberapa kali memiliki peluang untuk menjaringkan gol.

JDT kini mendahului kumpulan I dengan 7 mata diekori Kawasaki dengan 5 mata.

JDT bakal bertemu semula Kawasaki sebagai tuan rumah pada Ahad, 24 April 2022 di Stadium Sultan Ibrahim.