ACL: Penalti Bantu 10 Pemain Yokohama F. Marinos Singkirkan Ulsan Hyundai
ACL
AFC Champions League
Advertisements

Ulsan Hyundai harus menelan kenyataan pahit apabila disingkirkan 10 pemain Yokohama F. Marinos menerusi penentuan sepakan penalti.

Yokohama F. Marinos turun dengan kesebelasan terbaik bagi memadam defisit kekalahan 1-0 kepada Ulsan sebelum ini dengan menagih bisa penyerang Anderson Lopes.

Ulsan Hyundai pula mengekalkan hampir muka-muka sama dengan perlawanan pertama separuh akhir seperti Joo Min-Kyu, Gustav Ludwigson dan Um Won-Sang.

Advertisements

Asahi Uenaka membuka tirai jaringan buat Yokohama pada minit ke-14 setelah menerima hantaran daripada Nam Tae-Hee. Skuad kendalian Harry Kewell kemudian menambah gol kedua menerusi penyerang utama Anderson Lopes pada minit ke-21.

Memasuki minit ke-30 perlawanan, Asahi Uenaka sekali lagi menjaringkan gol apabila menyempurnakan bola hantaran Nam Tae-Hee buat kali kedua.

5 minit kemudian, Matheus Sales memberikan gol pertama perlawanan buat Ulsan untuk menghidupkan kembali peluang pasukan dari Korea Selatan itu.

Advertisements

Malang menimpa Takumi Kamijima apabila dilayangkan kad merah pada minit ke-39 ekoran melakukan kekasaran dan kemudiannya pengadil memberikan sepakan penalti kepada Ulsan.

Darijan Borjanic berjaya menyempurnakan sepakan penalti Ulsan Hyundai untuk menjadikan kedudukan 3-2 hingga tamat babak pertama.

Bermula babak kedua, gol daripada Gustav Ludwigson pada minit ke-49 dibatalkan setelah VAR melakukan semakan. Ulsan Hyundai bangkit mempamerkan aksi lebih bertenaga pada babak kedua setelah agregat kini terikat 3-3 buat kedua-dua pasukan.

Advertisements

Namun keputusan 3-2 kekal hingga tamat 90 minit perlawanan sekaligus mengheret perlawanan ke 30 minit masa tambahan. Yokohama yang kini bermain dengan 10 pemain ternyata menerima asakan hebat daripada Ulsan apabila kelab dari Korea Selatan itu melakukan lebih 30 percubaan ke atas Yokohama.

Ulsan gagal membolosi gawang gol Yokohama yang kekurangan pemain dan perlawanan terpaksa ditentukan dengan penentuan sepakan penalti setelah agregat 3-3 kekal hingga ke akhirnya.

Pasukan kendalian Bong Myung Ho merekodkan 40 percubaan dan mendominasi 65% penguasaan bola berbanding Yokohama sepanjang 120 minit permainan.

Advertisements

Yokohama kemudian menewaskan Ulsan Hyundai 5-4 menerusi penentuan penalti apabila Kim Min-woo terlepas sepakan terakhir buat Ulsan.

Yokohama F. Marinos akan bertemu pasukan dari UAE, Al Ain bagi perlawanan akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada 11 dan 25 Mei kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram