Advertising
ACL2: Jeonbuk Hyundai Tamatkan Cabaran Port Di Asia
ACL
MakanBola
Jeonbuk Hyundai Motors

Jeonbuk Hyundai mengesahkan tempat di peringkat suku akhir AFC Champions League Two (ACL2) apabila sekali lagi membenam cabaran Port FC.

Kedua-dua pasukan turun dalam aksi timbal balik di Korea ini dengan Jeonbuk Hyundai memiliki kelebihan agregat setelah menang 4-0 ketika perlawanan pertama di Thailand minggu lalu.

Jeonbuk Hyundai hanya menurunkan seorang pemain import iaitu Tiago Orobo di jentera serangan sementara bek kanan Indonesia, Asnawi Mangkualam menjadi pilihan jurulatih Port.

Ad

Walaupun mempunyai kelebihan selesa, namun tuan rumah tetap tampil dengan corak agresif untuk berhasil mencetak jaringan pertama menerusi tandukan Park Jae-yong di minit ke-5.

Port cuba bangkit menekan benteng pertahanan Jeonbuk namun usaha keras pelawat itu tampak mudah dipatahkan oleh barisan anak didik Gus Poyet di sepanjang aksi babak pertama.

Ad
Ad

Separuh masa pertama tamat, Jeonbuk Hyundai 1-0 Port.

Ad

Aksi di babak kedua, permainan seimbang ditampilkan oleh Port dalam usaha menyaingi kekuatan Jeonbuk akan tetapi itu belum cukup untuk pelawat menemui gol penyamaan.

Kemasukan pemain-pemain dari bangku simpanan seperti Lonsana Doumbuya masih gagal membawa impak tatkala Jeonbuk cemerlang mempertahankan kubu sehingga aksi tamat.

Perlawanan di Stadium Piala Dunia Jeonju berakhir dengan keputusan 1-0 memihak Jeonbuk Hyundai.

Di suku akhir nanti, Jeonbuk dijadualkan bertemu Sydney FC yang berjaya bangkit menumbangkan Bangkok United dalam satu lagi perlawanan ACL2 pada Rabu.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments