ACLE: Jadual, Venue & Waktu 8 Perlawanan JDT Di Asia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Selepas tamat cabutan undi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mengetahui identiti lapan pasukan yang akan menentang pasukan itu sepanjang fasa liga berlangsung.

Antara pasukan yang bakal mencabar Harimau Selatan ialah Buriram United, Newcastle Jets, Ratchaburi FC dan Port FC.

Tiga kelab Korea Selatan iaitu Jeonbuk Hyundai Motors, Daejeon Hana Citizen dan Pohang Steelers serta Cong An Ha Noi FC (CAHN FC) melengkapkan senarai lawan JDT.

JDT berharap dapat tampil lebih cemerlang musim ini. Musim lalu menyaksikan anak buah Xisco Munoz berjaya mara ke suku akhir sekali gus menjadi kelab Malaysia pertama yang berbuat demikian.

ACLE: Jadual, Venue & Waktu Perlawanan JDT

1. JDT vs Buriram

Tarikh: 15 September 2026 (Selasa)
Masa: 8.15 malam
Venue: Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

2. Pohang Steelers vs JDT

Tarikh: 13 Oktober 2026 (Selasa)
Masa: 7.00 malam
Venue: Stadium Pohang Steel Yard

3. JDT vs Port

Tarikh: 27 Oktober 2026 (Selasa)
Masa: 6.00 petang
Venue: Stadium Sultan Ibrahim (SSI)

4. Jeonbuk Hyundai Motors vs JDT

Tarikh: 3 November 2026 (Selasa)
Masa: 7.00 malam
Venue: Stadium Piala Dunia Jeonju

5. Ratchaburi FC vs JDT

Tarikh: 24 November 2026 (Selasa)
Masa: 7.15 malam
Venue: Stadium Ratchaburi

6. JDT vs Daejeon Hana Citizen

Tarikh: 1 Disember 2026 (Selasa)
Masa: 8.15 malam
Venue: Stadium Sultan Ibrahim (SSI)

7. Newcastle Jets vs JDT

Tarikh: 9 Februari 2027 (Selasa)
Masa: 6.45 petang
Venue: Stadium Newcastle

8. JDT vs CAHN

Tarikh: 16 Februari 2027 (Selasa)
Masa: 6.00 petang
Venue: Stadium Sultan Ibrahim (SSI)