ACLE: JDT Jumpa Sanfrecce Hiroshima Di Pusingan 16 Terbaik
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) dijadualkan bakal bertemu Sanfrecce Hiroshima di peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim 2025/26.

Ini selepas 2 perlawanan pada hari ini mencatatkan keputusan seri dan mengesahkan kedudukan lapan kelab terbaik dari Zon Timur ACLE musim 2025/26.

Berdasarkan format di pusingan 16, pasukan dari zon yang sama akan bertemu sekali lagi dengan aturan lawan adalah mengikut kedudukan akhir setelah 8 perlawanan pusingan liga tamat.

Kedudukan akhir menyaksikan JDT yang berada di tangga ke-6 akan berdepan pasukan di tempat ke-3 iaitu Sanfrecce Hiroshima sekali gus menjanjikan aksi yang menakjubkan di pusingan 16 ACLE.

JDT dan Sanfrecce Hiroshima akan berentap dalam format timbal balik di pusingan 16 terbaik dengan aksi pertama pada 3/4 Mac di Stadium Sultan Ibrahim.

Seminggu kemudian, JDT akan kembali ke bumi Jepun untuk memberikan tentangan kepada Sanfrecce Hiroshima dengan aksi itu akan menjadikan penentuan tiket ke suku akhir ACLE.

Kali terakhir kedua-dua pasukan tersebut bertembung adalah ketika pusingan liga di Edion Peace Wing Hiroshima pada 10 Februari lalu yang menyaksikan JDT tewas 2-1 kepada tuan rumah, Sanfrecce Hiroshima.