Ini adalah senarai lengkap kesemua 16 pasukan dam jadual perlawanan di pusingan 16 terbaik AFC Champions League Elite (ACLE).
Pusingan liga ACLE 2024-2025 telah pun menutup tirainya dengan 8 pasukan terbaik untuk zon Timur dan Barat telah pun diketahui setelah aksi minggu ke-8 berakhir pada Rabu.
Walau bagaimanapun satu berita tergempar dikeluarkan oleh pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) apabila Shandong Taishan mengambil keputusan tidak hadir pada aksi bertemu Ulsan HD.
Hal ini menyebabkan AFC menganggap Shandong Taishan telah menarik diri dari kejohanan dan memaksa keputusan dibuat bagi menentukan nasib pasukan dan carta kedudukan terkini.
Keputusan telah dicapai apabila kemas kini carta di laman web AFC menyaksikan aksi melibatkan Shandong Taishan telah ditolak dan pasukan yang pernah bertemu kelab China itu kekurangan satu perlawanan.
Perkara ini sekaligus melonjakkan kedudukan wakil tunggal negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) ke tangga ke-3 manakala beberapa pasukan lain turut menerima kesan yang sama.
Antaranya adalah Vissel Kobe yang pernah menang ke atas Shandong Taishan namun 3 mata yang diraih itu tidak dikira gara-gara keputusan ini sekaligus menolak kelab dari Jepun ini jatuh ke tangga ke-5.
Senarai Pasukan Ke Pusingan 16 Terbaik ACLE
Zon Barat.
1- Al Hilal.
2- Al Ahli.
3- Al Nassr.
4- Al Sadd.
5- Al Wasl.
6- Esteghlal FC.
7- Al Rayyan.
8- Pakhtakor.
Zon Timur.
1- Yokohama F. Marinos.
2- Kawasaki Frontale.
3- Johor Darul Ta’zim (JDT).
4- Gwangju.
5- Vissel Kobe.
6- Buriram United.
7- Shanghai Shenhua.
8- Shanghai Port.
Jadual Aksi Pusingan 16 ACLE
Format aksi pusingan 16 terbaik berlangsung secara timbal balik dengan lawan ditentukan berdasarkan kedudukan akhir setiap pasukan dalam carta setelah berakhir minggu ke-8 ini.
Pasukan di tangga teratas dijadualkan bertemu lawan yang berada di kedudukan ke-8 sementara kelab di tempat ke-2 dan ke-7 akan bertarung sesama sendiri untuk ke suku akhir.
Perkara sama dulu berlaku membabitkan pasukan di tangga ke-3 yang akan berdepan kelab di tempat ke-6 dan satu lagi aksi bakal menemukan pasukan di kedudukan ke-4 dan ke-5.
Maka, ini adalah susunan bagi perlawanan pusingan 16 terbaik.
Al Rayyan vs Al Ahli.
Pakhtakot vs Al Hilal.
Al Wasl vs Al Sadd.
Esteghlal FC vs Al Nassr.
Shanghai Port vs Yokohama F. Marinos.
Shanghai Shenhua vs Kawasaki Frontale.
Buriram United vs JDT.
Vissel Kobe vs Gwangju.
Perlawanan pertama pusingan 16 dijadualkan berlangsung bermula 3 hingga 5 Mac ini sebelum aksi timbal balik yang akan diadakan seminggu kemudian iaitu pada 10 hingga 12 Mac.