AFC Asian Cup: Dua Pemain Utama Malaysia Berisiko Terlepas Aksi Peringkat Kumpulan
MakanBola
FA Malaysia

Khabar duka menyelubungi kem Malaysia selepas difahamkan dua pemain tidak berada dalam keadaan terbaik sekaligus berpotensi untuk terlepas aksi Piala Asia.

Harimau Malaya mengharungi tempoh yang cukup baik bagi tahun 2023 selepas berjaya mencatatkan dua kemenangan di pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026.

Skuad kebangsaan juga telah merekodkan keputusan yang baik apabila mengikat pasukan ke-91 dunia, Syria dengan keputusan 2-2 baru-baru ini.

Ad

Walau bagaimanapun, kem negara digemparkan dengan berita mengenai kecederaan dua pemain sungguhpun para pemain menjalani latihan hari ke-11 setakat ini.

Ad

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Bernama, Nazrin Arif mengenai situasi dua pemain utama negara, La’vere Corbin-Ong dan Endrick Dos Santos.

Dua pemain ini difahamkan tidak berada dalam keadaan cergas sepenuhnya untuk diturunkan pada aksi pembukaan berdepan Jordan.

Ad
Ad

“Harimau Malaya menerima tamparan apabila Endrick Dos Santos mungkin disisihkan dalam saingan kumpulan susulan kecederaan manakala La’vere Corbin-Ong berkemungkinan besar tidak diturunkan berdepan Jordan juga disebabkan kecederaan,” ujarnya dalam ciapan di X.

Ad

Sebelum ini, khabar yang sama telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mengenai kecederaan pertahanan kiri negara itu sekaligus menguatkan lagi perkara ini.

Namun begitu, tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung status dua pemain ini dengan para peminat berharap agar skuad terbaik dapat diturunkan menentang pasukan ke-87 dunia itu.

Perancang tengah JDT itu juga tidak kelihatan dalam sesi latihan 48 jam terakhir menerusi foto yang dimuat naik oleh FAM di laman sosial.

Malaysia akan membuka tirai peringkat kumpulan bertemu Jordan pada 16 Januari 2024 di Stadium Al-Janoub, Qatar.