Advertisement
AFC Asian Cup: “Dulu Mudah Lawan Malaysia Tetapi Sekarang Berbeza” – Ehsan Haddad
Asia
MakanBola
Jordan FA

Kapten pasukan Jordan, Ehsan Haddad yakin moral pasukannya sedang tinggi namun beliau turut mengakui prestasi pasukan Malaysia kini sudah berbeza jika dibandingkan dengan Malaysia yang dulu.

“Moral pasukan kami sedang tinggi, kami belajar banyak perkara dari perlawanan menentang Jepun tempoh hari dan kami akan memperbaiki beberapa kesilapan kami.”

“Perlawanan itu membuatkan kami lebih kuat. Kami sentiasa ingin bertemu pasukan kuat agar dapat memperbaiki dan mengenal pasti kelemahan kami.” ujar Ehsan.

Pemain pertahanan itu juga ingin memberikan yang terbaik kepada penyokong Jordan tetapi turut berwaspada dengan ancaman Malaysia dalam perlawanan esok.

Malaysia Jordan 1 AFC Asian Cup: "Dulu Mudah Lawan Malaysia Tetapi Sekarang Berbeza" - Ehsan Haddad
Azri/MakanBola

“Kami ingin penuhi jangkaan penyokong Jordan dan buktikannya di atas padang sewaktu menentang Malaysia. Kami menghormati semua pihak lawan dan kami tidak mahu terlalu yakin.”

“Saya masih ingat kami menang dalam dua perlawanan lalu menentang Malaysia kerana saya turut beraksi.”

“Dahulu mudah melawan Malaysia tetapi esok pastinya berbeza. Malaysia adalah pasukan kuat dan setiap pasukan yang bermain di Piala Asia tidak boleh dipandang rendah.” ujarnya.

Malaysia bakal menentang Jordan untuk aksi pertama peringkat kumpulan E di Stadium Al Janoub.

Sebelum ini, Malaysia dan Jordan telah bertemu dalam dua aksi persahabatan yang menyaksikan Jordan meraih kemenangan 1-0 pada tahun 2019 dan 4-0 pada tahun 2021.