Mousa Al-Tamari lafazkan kelegaan dapat melepasi halangan Malaysia dan meraih 3 mata untuk aksi pertama Piala Asia 2023.
“Alhamdulillah, kami mengucapkan tahniah kepada penyokong yang menyokong kami di atas padang hari ini. Anda tahu perlawanan pertama sentiasa menjadi perlawanan yang sukar.”
“Tetapi kami satu pasukan sudah bercakap tentang hal ini sebelum perlawanan. Perlawanan ini memang sukar. Kami perlu fokus dari minit pertama perlawanan dan Alhamdulillah, kami dapat melakukannya.” ujar Mousa Al-Tamari.
Penjaring dua gol ke atas Malaysia ini juga gembira dapat memuaskan hati para penyokong Jordan.
“Kami menunjukkan prestasi yang bagus sebagai satu pasukan, kami memberi yang terbaik dan kami dapat menggembirakan penyokong yang menyokong kami.”
“Saya fokus kepada kejohanan untuk membantu pasukan kebangsaan dan membuat penyokong gembira. Saya harap penyokong dan pasukan dapat melupakan perlawanan pertama walaupun ini perlawanan yang sukar.” katanya lagi setelah tamat perlawanan.
Mousa Al-Tamari juga mahu kekal fokus untuk aksi yang kedua terutamanya Jordan akan menerima cabaran pasukan gergasi Korea Selatan.
“Perlawanan seterusnya adalah bertemu Korea Selatan. Kita perlu tampil lebih baik dalam perlawanan seterusnya.” tambahnya.
Jordan kini berada ditangga pertama kumpulan E apabila merekodkan kemenangan selesa 4-0 ke atas Malaysia dan kini mereka berkongsi 3 mata bersama Korea Selatan dalam kumpulan E.
Aksi kedua kelak mempertemukan Jordan dan Korea Selatan pada 20 Januari bertempat di Stadium Al Thumama.