Advertisements
AFC Asian Cup: Penalti Bantu Iraq Kalahkan Vietnam
Asia
MakanBola
Iraq National Team

Iraq berjaya menewaskan Vietnam menerusi gol saat akhir perlawanan untuk menamatkan saingan kumpulan D dengan rekod 3 kemenangan berturut-turut.

Skuad kendalian Jesus Casas turun dengan formasi 4-2-3-1 manakala Vietnam yang dibimbing oleh Philipe Troussier menerapkan formasi 5-4-1 dalam perlawanan ini.

Iraq dikejutkan pada minit ke-18 setelah Zaid Tahseen tertampan bola ke gawang gol sendiri namun nasib berpihak kepada Iraq apabila VAR membatalkan gol tersebut ekoran situasi ofsaid.

Singa Mesopotamia jelas menguasai pegangan bola pada separuh masa pertama berbanding pasukan Vietnam namun Iraq gagal menterjemahkan percubaan mereka kepada jaringan.

Vietnam kemudian memanfaatkan situasi bola mati apabila Bui Hoang Viet Anh menyambut kemas bola sepakan percuma Khaut Van Khang pada minit ke-41 untuk gol pertama Vietnam.

Malang menimpa Vietnam apabila Khuat Van Khang dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua pada minit ke-45 akibat melakukan lompatan berbahaya untuk merebut bola daripada pemain Iraq.

Pemain tengah, Nguyen Thai Son yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil turut dilayangkan kad kuning ekoran berbahas denga pengadil perlawanan.

Bersambung babak kedua, hanya dua minit diperlukan oleh Iraq untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan Rebin Sulaka yang menerima bola sepakan sudut daripada Ali Jasim Elaibi.

Ali Jasim Elaibi sekali lagi memainkan peranan penting apabila hantaran lintang beliau berjaya ditanduk Aymen Hussein untuk gol kedua Iraq pada minit ke-73.

Iraq mendapat sepakan penalti pada minit ke-82 namun rembatan Aymen Hussein sekadar menyinggah tiang gol dan kedudukan kekal

Disaat perlawanan memasuki masa tambahan, Vietnam yang tidak berputus asa berjaya menjaringkan gol kedua pasukan menerusi rembatan Nguyen Quang Hai yang gagal dikawal pemain Iraq.

Iraq sekali lagi diberikan sepakan penalti pada saat akhir dan Aymen Hussein menebus kekecewaan lalu dengan menjaringkan gol kemenangan Iraq.

Tamat perlawanan, Iraq menewaskan Vietnam dengan jaringan 3-2 dan kini Iraq menamatkan kedudukan ditangga teratas kumpulan D menerusi jumlah 9 mata manakala Vietnam yang berada ditangga terakhir tanpa sebarang mata.