AFC Asian Cup: Shin Tae-Yong Akui Pemain Indonesia Gugup
Asia
Timnas Indonesia
Advertisements

Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong menyifatkan barisan pemain muda kegugupan ketika beraksi dalam perlawanan pertama Piala Asia tempoh hari. 

Indonesia terpaksa akur tewas kepada pasukan Iraq dengan keputusan 1-3. 

Jurulatih berasal dari Korea Selatan itu percaya pasukannya telah melakukan persediaan yang rapi menjelang perlawanan pertama.

Advertisements

“Kami telah membuat persediaan dengan baik, tetapi hanya kerana terdapat begitu  ramai pemain muda dalam pasukan kami, jadi ia agak gementar dan sedikit tidak berpengalaman,” kata Shin Tae-yong dipetik daripada Bola.com.

Walaubagaimanapun, beliau percaya jika barisan pemain muda dapat mengatasi kegugupan mereka di atas padang pastinya pasukan akan beraksi dengan lebih baik. 

“Namun, jika mereka mengatasi beberapa kelemahan ini, maka kami boleh menjadi lebih kuat,” katanya.

Advertisements

Terdapat beberapa pemain dalam kesebelasan utama yang berumur dalam lingkungan antara 19 tahun sehingga 22 tahun.

Antaranya ialah Marselino Ferdinan (19 tahun), Elkan Baggot (21 tahun), Pratama Arhan (22 tahun), Rizky Ridho (21 tahun), Ernando Ari (21 tahun), Justin Hubner (20 tahun), Rafael Struick (20 tahun) dan Ivar Jenner (20 tahun). 

Indonesia kini berada di tangga ke-4 dalam kumpulan D dan selepas ini akan bertemu gergasi Asean iaitu Vietnam bagi perlawanan kedua pada 19 Januari ini jam 10.30 malam waktu Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram