Shin Tae-yong Bawa 7 Pemain Kelas Eropah Di Piala Asia
Asia
PSSI
Advertisements

Kemunculan Indonesia yang dibimbing jurulatih Korea Selatan, Shin Tae-yong di Piala Asia 2023 bakal bawa aura berbeza.

Ini kerana daripada 26 pemain yang diumumkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) semalam, tujuh daripadanya beraksi di Eropah.

Mereka ialah Sandy Walsh (KV Mechelen), Shayne Pattynama (Viking FK), Elkan Baggott (Ipswich Town), Justin Hubner (Wolverhampton Wanderers), Marselino Ferdinan (KMSK Deinze), Ivar Jenner (Jong Utrecht (pasukan kedua Utrecht)) dan Rafael Struick (ADO Den Haag).

Advertisements

Selain mereka, Tae-yong turut memanggil empat pemain yang berpangkalan di Asia. Empat pemain tersebut ialah Jordi Amat (Johor Darul Ta’zim FC (JDT)), Saddil Ramdani (Sabah FC), Asnawi Mangkualam (Jeonnam Dragons) dan Pratama Arhan (Tokyo Verdy).

Sementara Marc Klok pula mengetuai barisan 15 pemain yang beraksi dalam saingan Liga 1 Indonesia. Menariknya, Klok merupakan satu-satunya pemain naturalisasi Indonesia dalam barisan 26 pemain ke Piala Asia 2023.

Kebanyakan pemain yang disenaraikan Tae-yong ialah pemain-pemain yang mengikuti latihan pusat di Antalya, Turki.

Advertisements

Hanya dua nama yang disingkirkan beliau iaitu Adam Alis (Borneo FC) dan Arkhan Fikri (Arema FC).

Selepas tewas 4-0 kepada Libya pada 2 Januari lalu, kedua-dua pasukan bakal bertemu lagi buat kali kedua hari ini. Setelah itu, Tim Garuda bakal berdepan Iran di Qatar pada 9 Januari.

Indonesia bakal membuka kempen Kumpulan D Piala Asia 2023 dengan menentang Iraq pada 15 Januari ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram