AFC Asian Cup: Iraq Sekat Kemenangan Sang Garuda, Tewaskan Indonesia
Asia
iraqnt_en
Advertisements

Aksi Kumpulan B kempen Piala Asia 2023 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Indonesia dan Iraq.

Skuad Garuda dibawah kendalian Shin Tae-yong turun dengan barisan terkuat demi memastikan mata berharga dipungut dalam aksi pertama peringkat kumpulan.

Iraq memecah kebuntuan terlebih dahulu seawal minit ke-17 permainan menerusi ledakan Mohanad Ali. Larian deras Mohanad yang berjaya meloloskan diri dari kawalan pertahanan Indonesia memastikan jaringan pertama perlawanan diraih Iraq.

Advertisements

Pada minit ke-37 permainan, penyerang muda Indonesia, Marselino Ferdinan hadir menyamakan kedudukan. Gelecekan dan hantaran cantik dari Yakob Sayuri disudahkan Marselino dengan satu rembatan menewaskan penjaga gol Iraq, Jalal Hassan.

Sebelum wisel penamat separuh masa pertama tamat, Indonesia dibolosi buat kali kedua menerusi jaringan Osama Rashid. Babak pertama tamat, Indonesia 1-2 Iraq.

Advertisements

Bersambung aksi di babak kedua, Indonesia dikejutkan dengan jaringan Amir Ammari. Bagaimanapun jaringan Amir dibatalkan kerana kedudukan Mohanad Ali yang berada di kedudukan offside.

Anak buah kendalian Jesus Casas terus menerus mengasak untuk mencari gol tambahan menyukarkan benteng pertahanan Indonesia.

Advertisements

Pemain gantian Iraq, Aymen Hussein melebarkan kedudukan buat Juara Piala Asia 2007 ini selepas kemasukannya membuahkan hasil untuk jaringan ketiga Iraq.

Indonesia hampir menjaring untuk merapatkan kedudukan namun usaha Skuad Garuda tak cukup untuk menewaskan Iraq. Perlawanan tamat, Indonesia 1-3 Iraq.

Advertisements

Aksi seterusnya menyaksikan Indonesia bakal berdepan Vietnam pada Jumaat, 19 Januari 2024 sementara Iraq bakal berdepan Jepun untuk aksi kedua peringkat Kumpulan B.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram