AFC Asian Cup: Thailand Optimis Dengan Kedudukan Ranking Tercorot Kumpulan
Asia
Changsuek
Advertisements

Pengendali Thailand, Masatada Ishii mengakui kedudukan ranking pasukan itu dengan tiga pasukan lain dalam Kumpulan F menjadikan mereka sebagai pasukan bukan pilihan.

Mengikut kedudukan terkini ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), skuad Gajah Perang berada pada kedudukan ke-113 dunia.

Ini sama sekali berbeza dengan Arab Saudi yang menduduki ranking ke-56, Oman (ke-74) dan lawan mereka malam ini, Kyrgyzstan (ke-98).

Advertisements

Ishii mengakui situasi ini memberi cabaran sukar kepada Thailand dalam saingan Kumpulan F Piala Asia 2023.

Pada masa sama, beliau percaya sekiranya para pemain memberi komitmen 100% di atas padang, tidak mustahil mereka mampu bersaing dengan Arab Saudi, Oman dan Kyrgyzstan.

Advertisements

“Seperti yang anda tahu, kita belum bermain satu perlawanan dalam kejohanan. Jadi, kita tak boleh ulas panjang dari segi apa yang kita boleh lakukan.

“Kita tahu kita sudah bersedia. Kita tahu walaupun dari segi ranking, kita pasukan terendah tapi kita akan beri 100% dan lebih daripada itu. Kita tahu kita boleh melakukannya dan di sini (Piala Asia 2023), kita perlu lakukan apa yang kita perlu lakukan,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan semalam.

Advertisements

Pertemuan Thailand-Kyrgyzstan hari ini merupakan pertemuan pertama bagi kedua-dua pasukan dalam saingan Piala Asia.

Aksi Thailand-Kyrgyzstan bakal berlangsung di Stadium Abdullah bin Khalifa, Doha pada jam 10.30 malam ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram