AFC Champions League Play-Off: Al-Nassr Gah Atasi Cabaran Gergasi UAE
ACL
Al-Nassr
Advertisements

Dua gol lewat yang dijaringkan pada minit ke-95 dan 97 ketika menentang kelab UAE, Al-Shabab sudah cukup untuk membantu Al-Nassr layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2023-2024.

Al-Alami mempertaruhkan trio serangan berbisa terdiri daripada legenda Portugal, Cristiano Ronaldo, bekas penyerang Liverpool, Sadio Mane dan Anderson Talisca.

Manakala Al-Shabab pula memanfaatkan pengalaman bekas bintang EPL, Luka Milivojevic dengan harapan dapat mengatasi pasukan gergasi Arab Saudi itu.

Advertisements

Bagaimanapun, Al-Nassr terlebih dahulu di hadapan menerusi Talisca pada minit ke-11. Kelebihan Al-Alami hanya bertahan tujuh minit apabila The Red Knights menyamakan kedudukan menerusi Yahya Al-Ghassani.

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan terus rancak menyerang. Giliran tuan rumah pula ketinggalan apabila Al-Ghassani menyumbat gol kedua Al-Shabab pada minit ke-46.

The Red Knights berharap dapat mempertahankan kelebihan 2-1 mereka sehingga tamat perlawanan. Malangnya, itu tidak berlaku apabila Sultan Al-Ghannam menceriakan penyokong di Al-Awwal Park menerusi gol pada minit ke-88.

Advertisements

Al-Shabab terus longlai apabila Talisca dan pemain baru Al-Nassr, Marcelo Brozovic masing-masing membolosi gawang pelawat pada minit ke-95 dan 97.

Keputusan ini bukan saja membantu Al-Alami layak ke peringkat kumpulan ACL. Malah, ini meletakkan mereka dalam pot 4 untuk cabutan undi kumpulan ACL yang bakal diadakan pada 24 Ogos ini.

Bagi Al-Shabab, kekalahan ini mengakibatkan mereka tidak dapat mengikuti juara UAE Pro League, Al-Ahli dan Sharjah ke peringkat kumpulan. Sharjah mengesahkan kemaraan selepas menewaskan kelab Iran, Tractor dalam satu lagi aksi play-off awal pagi tadi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram