AFC Champions League Play-Off: Urawa Reds Benam Gergasi Hong Kong
ACL
AFC
Advertisements

Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC (ACL), Urawa Reds tidak berdepan masalah untuk menundukkan wakil Hong Kong, Lee Man dalam aksi kelayakan ACL.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Saitama itu menyaksikan tuan rumah menurunkan barisan terbaik dengan bintang seperti Shusaku Nishikawa, Hiroki Sakai dan Shoya Nakajima berada dalam kesebelasan utama pasukan.

Lee Man pula kekal membariskan pemain bintang seperti Mitcheal Paulissen, Everyon Camargo dan Gil Martins berdepan pasukan Jepun itu.

Advertisements

Urawa Reds bermula garang apabila meledak seawal minit ke-3 menerusi percubaan Yoishio Kozuki sebelum Shinzo Koroki menggandakan kedudukan 4 minit berselang.

Keputusan babak pertama tamat 2-0.

Advertisements

Bersambung babak kedua, pasukan bimbingan Maciej Skorża berusaha menambah jaringan namun beberapa percubaan tersasar.

Urawa menambah jaringan pada babak akhir untuk melengkapkan kemenangan 3-0.

Advertisements

Kekebalan benteng Lee Man menafikan segala usaha tuan rumah namun mereka juga gagal menembusi gawang gol juara bertahan itu.

Keputusan perlawanan kekal sehingga tamat wisel permainan sekaligus menyaksikan Urawa Reds bakal kembali mewarnai kancah ACL musim ini.

Advertisements

Mereka bagaimanapun diletakkan dalam balang 4 bagi undian kumpulan yang bakal berlangsung pada 24 Ogos ini.

Penyertaan Urawa Reds yang juga merupakan kali ke-9 dalam pertandingan AFC bakal memberi cabaran besar buat pasukan lain sungguhpun menghadapi krisis di bahagian serangan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram