AFC Cup: Bali United ‘Bantai’ Stallions Tanpa Belas
AFC Cup
Bali United FC
Advertisements

Kelab Liga 1 Indonesia, Bali United berjaya meraih kemenangan besar 5-2 ke atas kelab Filipina, Stallion Laguna dalam aksi pertama Kumpulan G Piala AFC hari ini.

Stallion berharap dapat melakar kecemerlangan dalam kempen debut Piala AFC. Manakala Bali United pula berharap kemenangan hari ini dapat membantu mereka bangkit dalam saingan liga musim ini.

Justeru, tidak hairanlah pasukan pelawat tampil garang pada babak pertama. Serdadu Tridatu membuka tirai jaringan menerusi penyerang naturalisasi Indonesia, Ilija Spasojevic pada minit ke-27.

Advertisements

Bagaimanapun, kelebihan Bali tidak bertahan lama. Tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi Junior Stephen Ngong Sam pada minit ke-30.

Penyokong The Stallions mengharapkan gol tersebut dapat membantu mereka bangkit. Sebaliknya, Bali United kembali mendahului pada minit ke-33 menerusi Haudi Abdillah.

Lima minit terakhir babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan masing-masing dianugerahkan sepakan penalti. Bagaimanapun, sepakan penalti yang diambil Spasojevich (minit ke-41) dan Griffin McDaniel (minit ke-45) gagal disempurnakan.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Serdadu Tridatu terus ghairah menambah kelebihan gol. Hasilnya, Mohammed Rashid menyumbat gol ketiga pada minit ke-53.

Pemain sayap veteran, Mohammed Rahmat menambah derita tuan rumah dengan gol keempat pada minit ke-69. Ini disusuli jaringan kedua Spasojevic tiga minit selepas itu.

Stallion meraih gol kedua menerusi Abraham Placito pada minit ke-90. Gol tersebut gagal halang Bali United daripada meraih kemenangan pertama dalam Kumpulan G.

Advertisements

Kemenangan 5-2 ini membolehkan Serdadu Tridatu mendahului sementara Kumpulan G dengan tiga mata. Begitupun, kedudukan ini boleh berubah sekiranya Terengganu FC atau Central Coast Mariners meraih kemenangan dalam satu lagi aksi kumpulan malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram