AFC Denda Cristiano Ronaldo & Al-Nassr
MakanBola
Al-Nassr FC

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menjatuhkan denda ke atas Al-Nassr dan legenda Portugal, Cristiano Ronaldo.

Keputusan hukuman diputuskan oleh Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC dalam mesyuarat yang diadakan pada 25 Jun lalu.

Al-Nassr yang juga naib juara Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim lalu dikenakan denda sebanyak AS108,750 (RM445,000).

Antara kesalahan yang dikesan AFC membabitkan kelab Arab Saudi itu ialah tindakan penyokong membaling objek dan gagal tiba di venue perlawanan 95 minit sebelum perlawanan bermula.

Ronaldo pula dikenakan denda AS$5,000 (RM20,445). Hukuman tersebut dijatuhkan selepas legenda Manchester United itu gagal menghadiri sesi temu bual selepas perlawanan.

Kesemua kesalahan ini dikesan dalam aksi final ACL2 musim lalu antara Al-Nassr dan kelab Jepun, Gamba Osaka. Susulan itu, semua denda perlu dilunaskan dalam tempoh 30 hari keputusan Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC dibuat.

Selain Al-Nassr, Persatuan Bola Sepak Korea Utara turut dihukum AFC selepas menarik diri daripada saingan Piala Asia B-17 2026. Susulan itu, Korea Utara tidak dibenarkan beraksi dalam kejohanan edisi berikutnya dan didenda AS$50,000 (RM204,450).