AFC Gantung 3 Pemain Buriram United
ACL
ASEAN Football
Advertisements

Susulan pergaduhan yang tercetus dalam aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) membabitkan Zhejiang dan Buriram United beberapa minggu lepas, tindakan disiplin telah dikenakan kepada semua individu yang terlibat.

ASEAN Football melaporkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan penggantungan buat tiga pemain Thunder Castle.

Penyerang Azerbaijan, Ramil Sheydayev dikenakan penggantungan lapan perlawanan. Sementara dua lagi rakan sepasukannya, Leon James dan Chitipat Tanklang pula dikenakan penggantungan enam perlawanan.

Advertisements

Zhejiang juga tidak terlepas daripada dikenakan penggantungan sama. Tiga pemain iaitu Di Gao, Yao Junsheng dan Leonardo turut dikenakan penggantungan oleh AFC.

Pergaduhan pemain Buriram dan Zhejiang ini tercetus selepas mereka mengalahkan Thunder Castle 3-2 dalam aksi kelima Kumpulan H.

Yang pasti, satu nama tiada dalam senarai ini ialah Dion Cools. Sebelum ini, timbul kebimbangan bek tengah berdarah Belgium-Sarawak itu dikenakan tindakan akibat insiden pergaduhan tersebut.

Advertisements

Pengumuman ini memberi kelegaan kepada penyokong Harimau Malaya kerana Cools tidak dikenakan tindakan disiplin oleh AFC.

Malah, tindakan bek tengah berusia 27 tahun itu meleraikan pergaduhan yang tercetus mendapat pujian penyokong negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram