ACL: Dion Cools Gagal Sekat Zhejiang Kalahkan Buriram
ACL
Buriram United
Advertisements

Dion Cools tidak berupaya membantu Buriram United daripada ditewaskan Zhejiang FC dalam aksi kelima Kumpulan H hari ini.

Selepas terikat 0-0 dengan Ratchaburi pada minggu lepas, Thunder Castle berharap dapat mengutip satu lagi kemenangan dalam saingan Kumpulan H ACL.

Sementara The Green Giants berharap dapat meraih kemenangan bagi menceriakan penyokong yang bimbang dengan masa depan kelab itu.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha mencari gol awal.

Bagaimanapun, Buriram terlebih dahulu di hadapan menerusi bekas penyerang Newcastle United, Haris Vuckic pada minit kelapan selepas menerima hantaran Lonsana Doumbouya.

Advertisements

Tersentak, Zhejiang mula menghambat pelawat bagi mencari gol penyamaan. Hasilnya, penyerang Brazil, Leonardo menyamakan kedudukan pada minit ke-27.

Kedua-dua pasukan terus berusaha mencari gol tambahan tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, tuan rumah terus menggandakan asakan bagi mendapatkan gol kedua perlawanan.

Gol yang dicari The Green Giants akhirnya muncul pada minit ke-77 menerusi kapten, Franko Andrijasevic selepas menerima hantaran Leonardo.

Advertisements

Zhejiang makin selesa di hadapan menerusi bek tengah Lucas Possignolo pada minit ke-84. Bagaimanapun, tuan rumah sedikit cemas apabila Doumbouya menyumbat gol kedua Buriram tiga minit selepas itu.

Pada akhirnya, gol tersebut sudah terlewat daripada menghalang wakil China itu meraih kemenangan kedua dalam saingan ACL.

Keputusan ini memastikan The Green Giants memintas Buriram ke tangga ketiga Kumpulan H dengan enam mata. Walaupun kedua-dua pasukan berkongsi mata sama, Zhejiang mengatasi mereka dari segi kelebihan jaringan.

Sofascore memilih Leonardo sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.5 mata. Sementara Doumbouya dipilih pemain terbaik Buriram dengan markah 8.4 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram