Dion Cools Tunjuk Sikap Kepimpinan Tinggi, Pertahan Rakan Sepasukan Di ACL
ACL
Buriram United
Advertisements

Bek tengah Harimau Malaya, Dion Cools terus membuktikan mengapa beliau menjadi tonggak utama Buriram United dalam semua kejohanan termasuk Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Cools muncul wira apabila tampil mempertahankan rakan-rakan sepasukannya yang diserang pemain dan staf pasukan Zhejiang FC semalam.

Insiden pergaduhan pemain kedua-dua pasukan ini tercetus selepas tamat perlawanan Zhejiang-Buriram.

Advertisements

Ramai percaya insiden tersebut berpunca daripada perang mulut yang tercetus antara beberapa pemain kedua-dua pasukan.

Ini mendorong pemain The Green Giants menyerang pemain-pemain Buriram seperti Ramil Sheydayev dan Kim Min-hyeok.

Ini memaksa pemain-pemain senior Thunder Castle seperti Theerathon Bunmathan dan Cools berusaha meleraikan pergaduhan ini daripada terus berlarutan.

Advertisements

Tindakan bekas bek tengah Midtjylland itu mengundang rasa tidak puas hati pemain dan staf Zhejiang. Ini mendorong mereka cuba memprovokasi Cools tetapi tidak dilayan oleh beliau.

Cools menghela nafas lega kerana beberapa pemain dan staf Thunder Castle membantu menolak kumpulan tersebut pergi.

Insiden pergaduhan ini hanya terhenti selepas pasukan keselamatan China masuk ke padang dan menenangkan keadaan.

Advertisements

Perlawanan semalam berakhir dengan kemenangan 3-2 Zhejiang ke atas Buriram.

Dengan baki satu perlawanan Kumpulan H, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dijangka mengambil tindakan disiplin ke atas semua pemain dan staf yang terlibat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram